Friday, December 06, 2013

Life

Diterbitkan oleh firafis fairudz

Bukan cara aku untuk fikirkan orang lain,
Bukan bermakna aku pentingkan diri sendiri,
Aku lebih suka berdikari untuk teruskan hidup,
Tapi kenapa setiap kali aku nak berpijak dikaki sendiri
 ada batu yang menghalang,
Sampai bila aku nak menyusahkan orang sekeliling,

Kehidupan ini tak jauh beza seperti sebuah basikal,
Kalau inginkan keseimbangan,
teruskan mengayuh sampai ke satu tempat yang ingin dituju.
Tapi bukan semua manusia boleh mengayuh basikal,
Bagi manusia yg ada impian tiada penghalang untuk segala masalah..

Ada seorang perempuan yg pernah aku sayang, 
selalu bertanya pada diri dia sendiri,
siapa dia? kenapa dia? dimana dia? bagaimana dia?
dia sendiri tak faham diri dia,
Orang lain tak payah nak sibuk seperti faham
apa yang perempuan tu nak,
Jawapannya hanya diri sendiri je yang tahu,
Pada pandangan aku,, kehidupan ni bukannya untuk
mencari dan memahami siapa diri,
ianya tentang mencipta diri kita sendiri...